awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul hadir di Menara Dato' Onn, hantar borang atau sertai mesyuarat?

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/02/2023
12:34 MYT
Tengku Zafrul hadir di Menara Dato' Onn, hantar borang atau sertai mesyuarat?
Tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai mesyuarat pada malam ini atau hadir untuk menghantar borang pencalonan MKT. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Di sebalik kehadiran beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kemunculan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Menara Dato' Onn pada Khamis menimbulkan tanda tanya kepada petugas media.
Beliau yang memakai baju UMNO tiba pada jam 8.07 malam di lobi menara sebelum bergegas masuk ke lif untuk ke bilik mesyuarat.
Tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan menyertai mesyuarat pada malam ini atau hadir untuk menghantar borang pencalonan MKT.
Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Raja itu sebelum ini mengesahkan akan bertanding jawatan itu dalam Pemilihan UMNO akan datang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, hasrat itu bagi membolehkan dirinya bersama pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi memulihkan UMNO.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin UMNO dilihat mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri mesyuarat pada malam ini.
Antara yang dilihat hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan Ahli MKT, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Turut hadir ialah Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Suraya Yaacob, dan Datuk Jalaluddin Alias.
Mesyuarat ini hadir hanya sehari selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan UMNO akan menerima jawapan positif daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, bulan depan.
Difahamkan, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada malam ini selain beberapa perkara lain termasuk berkaitan pemilihan parti.
Beberapa perkara lain termasuk isu dalaman parti dijangka turut dibincangkan malam ini.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#mesyuarat UMNO
#pencalonan MKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan