KUALA LUMPUR : Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022.
Justeru, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggesa mereka yang turut kalah pada pemilihan turut membuat perkara sama.
"Bagi saya, saya percaya kepada keputusan ini dan saya yakin. Bagi anggota Keadilan, terpulang kepada mereka.
"Namun, kita saran guna saluran yang telah ditetapkan dan ditentukan untuk berhubung dengan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) bagi mendapatkan penjelasan, atau dengan Presiden untuk usahakan penyelesaian yang baik.
"Saya gesa (semua pihak) untuk menerima keputusan ini termasuk untuk diri saya sendiri... walaupun kalah tetap bermaruah," katanya dalam sidang media program Ascott Limited Malaysia Reaching Out At B40 Group On Education, Employment And Training di sini pada Selasa.
BACA : Senarai keputusan Pemilihan PKR 2022
Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan, JPP PKR mengesahkan cubaan-cubaan untuk menggodam tidak menjejaskan sistem integriti proses Pemilihan Keadilan 2022.
Tambah beliau, sistem yang diguna pakai sebaliknya tetap utuh di sebalik lebih 100,000 cubaan godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"JPP ada bagi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, mungkin dua atau tiga minggu yang lalu. Taklimat yang mereka berikan (ada mnyatakan), jumlah cubaan godaman lebih 100,000 cubaan, tetapi tidak berjaya.
"Antara dapatan yang diperoleh oleh auditor, menunjukkan bahawa integriti sistem itu tidak terjejas. Maksudnya the system is intact, tidak ada usaha menggodam yang telah berjaya dan sistem itu telus," katanya lagi.
Selain itu, JPP turut menerima lebih 1,800 aduan dari pelbagai pihak dan setelah diteliti serta disaring dengan audit forensik, ada undi yang tidak patut dimasukkan telah diselesaikan dengan baik.
"Itulah kita lihat kenapa antara sebab keputusan semalam berupa sedemikian," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Tue Jul 05 2022
Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022. - Gambar fail
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Terima keputusan pemilihan, walau kalah tetap bermaruah - Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022.
JPP tangguh keputusan muktamad pemilihan PKR
Zalifa berkata, JPP 2022 memerlukan sedikit masa lagi sebelum memberikan senarai pemenang-pemenang Pemilihan Keadilan 2022.