awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima semula Lokman Adam sebagai ahli UMNO proses biasa - Timbalan Presiden

Bernama
Bernama
30/09/2021
09:17 MYT
Terima semula Lokman Adam sebagai ahli UMNO proses biasa - Timbalan Presiden
Lokman dalam reaksinya berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.
"Menerima Lokman yang telah dipecat keahlian beliau sebagai ahli biasa UMNO adalah proses biasa. Sebelum ini pun ramai ahli UMNO yang dipecat diterima semula sebagai ahli biasa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
BACA: Lokman Adam diterima semula sertai UMNO dengan syarat - Tajuddin
Sementara itu, Lokman dalam reaksinya berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sambil berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan MT UMNO, Lokman turut berazam untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberikan sokongan moral kepada saya selama ini," katanya dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook UMNO.
Lokman, yang juga Ahli Majlis Tertinggi yang menang bertanding jawatan berkenaan dipecat daripada UMNO pada 7 Feb tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lokman Adam
#penerimaan semula
#UMNO
#Timbalan Presiden UMNO
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan