POLITIK

[TERKINI] Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar di ibu negara hari ini

Astro Awani 26/07/2025 | 05:00 MYT
Dataran Merdeka mula dibanjiri puluhan ribu peserta 'Himpunan Turun Anwar' yang tiba dengan berarak dari Masjid Negara. - Gambar/ Khalis Khadir/ Astro AWANI
HARI INI, himpunan aman "Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar" berlangsung di beberapa lokasi sekitar ibu negara, satu cerminan merayakan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.


Ringkasan AI
  • Tujuan: Perhimpunan aman dianjurkan oleh pembangkang dan NGO adalah satu cerminan merayakan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
  • Lokasi & Laluan: Berlaku di lima lokasi utama sekitar Kuala Lumpur Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
  • Reaksi Kerajaan: PM Anwar arahkan PDRM beri kerjasama penuh, menekankan bahawa himpunan ini adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang dihormati kerajaan.
  • Keselamatan: Seramai 2,000 anggota polis dikerah untuk kawalan dan kelancaran perhimpunan.


Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan parti politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil ini berlangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah pusat beli belah, sebelum peserta dijadualkan berarak ke Dataran Merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksi beliau terhadap penganjuran himpunan ini berkata beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan “Himpunan Turun Anwar” berlangsung dengan aman dan lancar.

Bagi memastikan keselamatan orang awam, dijangka 2,000 anggota polis akan bertugas untuk mengawal keadaan himpunan ini.

Kebenaran penganjuran ini juga menurut beliau sebagai merayakan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Ini apa yang anda perlu tahu setakat ini:

Jumaat (Julai 25, 2025):

8 malam: Perhimpunan: Beberapa laluan di pusat bandar raya dilencongkan esok - Polis

Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, esok.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO sebelum peserta dijangka bergerak ke Dataran Merdeka.

10 malam: Perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa esok - KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren kendalian syarikat itu akan beroperasi seperti biasa esok mengikut jadual, selaras dengan saranan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

10.05 malam: KTMB dalam kenyataan pada memaklumkan keutamaan pihaknya adalah untuk memastikan perjalanan pengguna lancar, selamat dan selesa.

Bagi memastikan kelancaran operasi, pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dengan menyemak jadual terkini di laman sesawang ktmb.com.my

10.15 malam: Kerajaan Selangor menasihatkan penjawat awam supaya mematuhi garis panduan dan arahan pentadbiran sedia ada sekiranya ingin menyertai perhimpunan Merayakan Demokrasi Himpunan Turun Anwar' yang dijadualkan berlangsung esok (Sabtu).

11 malam: Perjumpaan antara beberapa pertubuhan masyarakat (CSO) dengan pemimpin Perikatan Nasional, pada 1 Julai lepas, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bukan bermaksud mereka menyokong agenda pembangkang.

Sebaliknya kumpulan CSO berkenaan berkata, mereka sendiri dijemput untuk mengadakan perbincangan bersama Hamzah dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang lain di pejabat beliau.

11.05 malam: Kestabilan politik negara, kebebasan badan kehakiman dan bebanan kos sara hidup yang berterusan membelenggu kehidupan rakyat.

Itu merupakan antara tema yang diangkat oleh penganjur "Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar" yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, gabungan politik itu menyokong sepenuhnya Himpunan Turun Anwar anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia itu, atas alasan membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi masa ini.


Sabtu (26 Julai, 2025)

10.45 pagi: Seramai kira-kira 80 anggota Unit Amal Pas mula berbaris di pekarangan Masjid Negara sekitar jam 10.45 pagi ini sebagai usaha mengawal kelancaran pergerakan peserta Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar, petang ini.

11.00 pagi: Pasukan sukarelawan yang sinonim dengan kawalan keselamatan di acara anjuran parti pembangkang itu dilihat mula mengatur posisi dan menerima arahan daripada ketua pasukan masing-masing.

11.30 pagi: Penjawat awam perlu menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh orang awam.

12.00 tengahari: Suasana tenang dan aman di hadapan Masjid Negara, ibu negara.

[TERKINI] Himpunan Turun Anwar di KL


1.00 tengah hari: Jumlah peserta semakin bertambah, namun suasana tenang.

[TERKINI] Perkembangan Himpunan Turun Anwar


2.00 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak dijemput untuk hadir ke 'Himpunan Turun Anwar' yang berlangsung hari ini.

'Saya tak dijemput' - Anwar


2.15 petang: Polis menjelaskan pentas yang didirikan oleh penganjur di Dataran Merdeka dikenal pasti dibina tanpa kebenaran rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). DBKL berkata, struktur itu telah dialihkan.

2.50 petang: Dataran Merdeka kelihatan mula dibanjiri puluhan ribu peserta 'Himpunan Turun Anwar' yang tiba dengan berarak dari Masjid Negara. Namun unjuran tidak rasmi oleh pasukan keselamatan adalah sekitar 10,000 hingga 15,000 peserta.

3.00 petang: Ribuan peserta berarak ke Dataran Merdeka.

[TERKINI] Perkembangan setakat pukul 3 Himpunan Turun Anwar



4.30 petang: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Kerajaan MADANI komited dengan prinsip Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara rakyat, namun tegaskan tuntutan dilakukan di luar Parlimen seperti melalui perhimpunan tidak beri apa-apa kesan.

5.30 petang: Kain rentang tertera tulisan “Hamzah For PM” mencuri perhatian ketika perhimpunan 'Merayakan Demokrasi; Himpunan Turun Anwar' berlangsung di ibu negara pada petang Sabtu.

5.40 petang: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pendapatan rakyat tidak meningkat, nilai ringgit terus merosot manakala harga barang keperluan pula melambung naik

5.50 petang: Sidang media PDRM berkenaan Himpunan Merayakan Demokrasi: Turun Anwar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.#AWANInews https://t.co/lMDA07XsJ3
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

5.50 petang: Tiada laporan polis dibuat setakat ini.

Sidang Media PDRM berkenaan Himpunan Merayakan Demokrasi: Turun Anwar

6.00 petang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan mesyuarat post-mortem susulan penganjuran Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

6.00 petang: Peserta himpunan berterima kasih kepada pasukan keselamatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

7.15 malam: Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata UMNO akan menyemak dan menunggu laporan penuh sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan penglibatan ahlinya dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’.

























#Himpunan Turun Anwar #Anwar Ibrahim #kos sara hidup #Kerajaan Perpaduan MADANI