awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa esok - KTMB

Bernama
Bernama
25/07/2025
09:55 MYT
Perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa esok - KTMB
KTMB memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren kendalian syarikat itu akan beroperasi seperti biasa esok mengikut jadual, selaras dengan saranan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren kendalian syarikat itu akan beroperasi seperti biasa esok mengikut jadual, selaras dengan saranan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan pihaknya adalah untuk memastikan perjalanan pengguna lancar, selamat dan selesa.
Menurut kenyataan itu, bagi memastikan kelancaran operasi, pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dengan menyemak jadual terkini di laman sesawang www.ktmb.com.my.
"Pengguna juga dinasihatkan mematuhi arahan kakitangan serta pengumuman di stesen bagi memastikan pergerakan lancar dan keselamatan bersama dan menggunakan aplikasi KTM Mobile (KITS) bagi kemudahan pembelian tiket dan semakan jadual semasa di MyRailtime," menurut kenyataan itu.
Menurut KTMB, pengguna digalakkan untuk membuat pembayaran tiket secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad debit atau kredit, e-dompet dan Touch 'n Go untuk perjalanan yang pantas dan selesa.
Loke hari ini berkata semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk stesen KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa esok.
Beliau berkata adalah penting untuk memastikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur terus berfungsi supaya majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan anjuran pembangkang yang dijadualkan esok di ibu negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#beroperasi seperti biasa esok
#Menteri Pengangkutan Anthony Loke
#perkhidmatan tren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan