[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Kabinet dibentuk hasil komitmen semua wakil parti - Armizan
![[TERKINI] Pasca PRN Sabah: Kabinet dibentuk hasil komitmen semua wakil parti - Armizan [TERKINI] Pasca PRN Sabah: Kabinet dibentuk hasil komitmen semua wakil parti - Armizan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-07/61751522215_armizan.jpg)
Armizan berkata, Kabinet Negeri bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat mengenai kerangka dan asas agenda utama negeri sebaik Mesyuarat Jemaah Menteri pertama diadakan - Foto fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kabinet Kerajaan Sabah yang dibentuk hari ini adalah hasil komitmen semua wakil parti yang terlibat dalam usaha mewujudkan kerangka serta asas utama hala tuju pentadbiran negeri.
Ringkasan AI
- Kabinet Kerajaan Sabah yang terbentuk hari ini hasil daripada komitmen semua wakil parti yang terlibat, menekankan asas utama untuk memajukan pentadbiran negeri.
- Meskipun lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas terlibat, kedudukan mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan kerajaan yang baru terbentuk.
- Agenda memihak kepada hak dan kepentingan Sabah akan menjadi fokus utama Kabinet Negeri, yang akan dimaklumkan kepada rakyat sebaik Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.
Armizan menjelaskan, Kabinet Negeri bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat mengenai kerangka dan asas agenda utama negeri sebaik Mesyuarat Jemaah Menteri pertama diadakan.
Menurut Ahli Parlimen Papar itu, walaupun tiada satu gabungan parti memperoleh majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, mandat rakyat yang keluar mengundi jelas menunjukkan keinginan untuk melihat sebuah kerajaan dibentuk demi membawa perubahan lebih bermakna.
“Dari mana pun datangnya ADUN-ADUN yang dipilih dan menjadi komponen kepada Kerajaan Negeri, pastikan aspirasi rakyat Sabah dilaksanakan segera melalui sebuah kerajaan yang stabil, inklusif dan berintegriti. ADUN pembangkang pula memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi semak dan imbang,” jelasnya.
Amizan turut berharap segala usaha yang dilakukan akan membawa keberkatan dalam merintis masa depan yang lebih baik untuk Sabah dan rakyatnya.
10 ADUN hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah di hadapan Yang diPertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Daripada 10 individu tersebut, tujuh ADUN mewakili GRS, manakala masing-masing seorang diwakili oleh Pakatan Harapan (PH), Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Barisan Nasional (BN).

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


