Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid, ribuan penyokong ke pusat penamaan calon

Ahmad Zahid mengiringi Ab Rauf ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim, Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara sempena Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini.  --fotoBERNAMA
Ahmad Zahid mengiringi Ab Rauf ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim, Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara sempena Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini. --fotoBERNAMA

Advertisement

Advertisement

MASJID TANAH: Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di pusat penamaan calon (PPC) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, pagi ini.

Ketibaan beliau di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim, Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara, diiringi Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri sekitar jam 9 pagi.

Kehadiran Ab Rauf disambut ribuan penyokong BN yang mula berkumpul seawal 7.30 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon berkenaan.

Advertisement

Ab Rauf yang merupakan penyandang kerusi itu akan mempertahankan Tanjung Bidara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Beliau bakal berdepan pencabar daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Yunazri Mustamiri, yang juga seorang pemuda berusia 36 tahun.

Advertisement

Sementara, Mohd Yunazri memasuki pusat penamaan calon sekitar jam 9.06 pagi.

Pada PRN Melaka 2021, Ab Rauf memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti sekitar 364 undi.

Bagi PRN Melaka ke-16, DUN Tanjung Bidara mempunyai seramai 15,003 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian ditetapkan pada 14 November ini.

Must Watch Video

Advertisement