[TERKINI] PRN Sabah: BN dan GRS dijangka seri 18 kerusi, DUN tergantung hampir pasti - Penganalisis
![[TERKINI] PRN Sabah: BN dan GRS dijangka seri 18 kerusi, DUN tergantung hampir pasti - Penganalisis [TERKINI] PRN Sabah: BN dan GRS dijangka seri 18 kerusi, DUN tergantung hampir pasti - Penganalisis](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/81764225546_TBPRNSAbah.jpg)
Penganalisis meramalkan PRN Sabah 2025 bakal menyaksikan DUN tergantung dengan BN dan GRS masing-masing dijangka menang 18 kerusi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah politik negeri itu, dengan tiada satu parti atau gabungan dijangka mampu meraih majoriti tunggal.
Ringkasan AI
- Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah politik negeri itu, dengan tiada satu parti atau gabungan mampu meraih majoriti tunggal.
- Landskap politik Sabah kini berpecah kepada beberapa blok sederhana besar, menjadikan rundingan pasca pilihan raya sebagai kunci pembentukan kerajaan.
- BN dan GRS dijangka memenangi 18 kerusi masing-masing, menjadikan DUN tergantung hampir pasti dan memaksa parti-parti utama merekayasa gabungan untuk membentuk Kerajaan.
“Kajian mendapati BN dan GRS masing-masing dijangka memenangi 18 kerusi, diikuti Warisan (16), Pakatan Harapan (14), Perikatan Nasional (3) serta parti kecil dan calon bebas (4).
“Kedudukan ini mengesahkan bahawa DUN tergantung hampir pasti berlaku, memaksa parti-parti utama merekayasa gabungan untuk membentuk kerajaan,” katanya lagi.
Ismail berkata, dua pemacu utama dalam penentuan kerusi ialah undi belia dan dinamik digital.
“Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik menyaksikan kemasukan lebih 660,000 pengundi baharu, menjadikan belia sekitar 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.
“Golongan ini tidak lagi terikat kepada kesetiaan politik tradisional, sebaliknya menilai calon berdasarkan integriti, kebolehcapaian dan penyelesaian isu asas seperti bekalan air, elektrik serta peluang ekonomi,” katanya lagi.
Selain itu Ismail berkata, analisis media sosial menunjukkan BN dan GRS mendominasi naratif digital di platform seperti TikTok dan Instagram Reels, dengan BN dilihat lebih agresif dengan strategi calon muda – hampir 80 peratus muka baharu – yang meningkatkan daya tarikan kepada pengundi generasi baharu.
Menyentuh mengenai persaingan utama antara BN dan GRS, Ismail berkata, situasi itu dapat digambarkan sebagai pertarungan antara kestabilan institusi (GRS) dan pembaharuan politik (BN).
“BN mendapat kelebihan daripada nostalgia era pentadbiran stabil, selain manfaat pecahan undi dalam pertandingan pelbagai penjuru.
“GRS pula bergantung kepada kelebihan penyandang, akses kepada jentera kerajaan dan mobilisasi luar bandar, namun terjejas oleh isu integriti serta kegagalan menyelesaikan masalah asas,” katanya lagi.
Namun Ismail berpandangan, Warisan masih kukuh di kawasan Pantai Timur, dan terus menjadi wadah utama sentimen tempatan atau lokalism.
“Namun, kekurangan sumber kewangan, struktur akar umbi yang tidak sekata dan persaingan enam penjuru mengehadkan peluang parti itu untuk kembali dominan. Penglibatan digital yang lemah turut menjejaskan daya saing Warisan dalam menarik undi belia,” katanya lagi.
Dengan ramalan keputusan 18–18 antara BN dan GRS, Ismail berkata, kerajaan Sabah seterusnya hampir pasti terbentuk melalui rundingan antara blok utama – BN, GRS, Warisan dan PH – serta peranan parti kecil sebagai penentu.
PRN Sabah ke-17, jelas beliau, bukan lagi berkenaan soal dominasi parti tunggal, tetapi tentang keupayaan membentuk gabungan yang stabil untuk mentadbir negeri.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkiraan jumlah kerusi yang dijangka dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah? A: Kajian menunjukkan BN dan GRS masing-masing dijangka memenangi 18 kerusi.
- Q: Apakah dua pemacu utama dalam penentuan kerusi menurut kajian Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ismail Rakibe? A: Undi belia dan dinamik digital dikenal pasti sebagai dua pemacu utama dalam penentuan kerusi.
- Q: Mengapa pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik penting dalam PRN Sabah? A: Kemasukan lebih 660,000 pengundi baharu, kebanyakan belia, memberi impak kepada penentuan kerusi dengan penilaian terhadap integriti, kebolehcapaian calon, dan penyelesaian isu asas.
- Q: Bagaimanakah strategi yang diterapkan oleh BN dan GRS dalam media sosial, khususnya platform seperti TikTok dan Instagram Reels? A: Analisis menunjukkan BN dan GRS mendominasi naratif digital dengan BN lebih agresif menggunakan strategi calon muda yang meningkatkan daya tarikan kepada pengundi generasi baharu.
- Q: Apakah cabaran yang dihadapi oleh Warisan dalam PRN Sabah mengikut penilaian Ismail Rakibe? A: Warisan menghadapi cabaran seperti kekurangan sumber kewangan, struktur akar umbi yang tidak sekata, dan persaingan dari pelbagai penjuru yang menghadkan peluang untuk kembali dominan, disamping penglibatan digital yang lemah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

