awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji puas hati proses mengundi lancar dan teratur

Bernama
Bernama
29/11/2025
07:15 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji puas hati proses mengundi lancar dan teratur
Hajiji berkata walaupun ramai calon bertanding pada pilihan raya negeri kali ini, beliau gembira kerana keharmonian masih dapat dikekalkan. - Gambar/ Bernama
TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung dengan baik, lancar dan teratur.
Beliau, calon GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, berkata walaupun ramai calon bertanding pada pilihan raya negeri kali ini, beliau gembira kerana keharmonian masih dapat dikekalkan.
Hajiji juga optimis para pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka di semua 73 kawasan DUN di seluruh negeri.
"Di Tuaran, keadaan cuaca kelihatan baik. Mengikut ramalan, mungkin akan hujan pada waktu petang. Kita berharap pengundi berdaftar di Sabah keluar mengundi lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup di sini, hari ini.
Terdahulu, Hajiji selesai mengundi di pusat mengundi itu pada 11.42 pagi tadi bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.
IKUTI KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI LAMAN WEB KELOLAAN ASTRO AWANI DI SINI!
BACA LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Hajiji berdepan pertandingan lima penjuru, termasuk calon muda dan muka baharu Barisan Nasional Dr Shahnon Rizal, selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).
Pada PRN Sabah ke-16, Hajiji menang kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 3,099 undi sekali gus mempertahan kawasan itu sejak lebih tiga dekad.
DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Keputusan PRN Sabah
#senarai calon PRN Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan