awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Lebih 12,000 polis dikerah bertugas Sabtu ini

Bernama
Bernama
25/11/2025
08:40 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Lebih 12,000 polis dikerah bertugas Sabtu ini
Jauteh berkata semua persiapan telah dilakukan termasuk mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Gambar fail
KOTA KINABALU: Lebih 12,000 anggota polis akan dikerah bagi memastikan kelancaran hari mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata semua persiapan telah dilakukan termasuk mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Alhamdulillah, PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari segi menjaga keselamatan dan kententeraman.
"Sebab itu ada proses mengundi awal bagi membolehkan semua anggota PDRM dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan kelancaran, ketenteraman dan keselamatan pada hari mengundi PRN Sabah ke-17, 29 Nov ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Terdahulu, Jauteh hadir mengundi awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 8.48 pagi.
Mengulas mengenai kekuatan anggota, Jauteh berkata pihaknya telah mendapat bantuan lebih 1,200 anggota dari IPK Sarawak dan Bukit Aman.
Beliau juga berkata semua aktiviti kempen berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama serta kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara yang ditetapkan.
Jauteh berkata walaupun terdapat 85 laporan polis yang diterima, kesalahan hanya melibatkan isu biasa dan tidak menjejaskan kelancaran kempen pilihan raya.
"Antara kesalahan yang dilaporkan ialah penyalahgunaan media sosial dikatakan melibatkan khianat, kerosakan poster dan bendera... PDRM telah membuka sebanyak 53 kertas siasatan.
"Selain itu, sebanyak 7,288 permit dikeluarkan kepada semua pihak terlibat dalam kempen PRN ini hingga tengah malam semalam... jadi, tiada isu atau rungutan berkaitan mendapatkan permit dan sebagainya," kata beliau.
SPR menetapkan 29 Nov sebagai hari pengundian manakala undi awal hari ini, yang melibatkan 24,426 pengundi terdiri daripada anggota serta pegawai polis dan tentera bersama pasangan masing-masing.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah 2025
#hari pengundian PRN Sabah
#keselamatan PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan