awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zizie Izette kemuka representasi gugur tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta
Mekanik didakwa bunuh pekerja tanah perkuburan di Padawan
Anggota polis dikenal pasti terlibat insiden tampar di stesen minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Trend sokongan terhadap Ruji di DUN Merotai kian ‘menjadi’ - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
24/11/2025
22:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Trend sokongan terhadap Ruji di DUN Merotai kian ‘menjadi’  - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Jalan Air Panas, Tawau, malam tadi. - Gambar Bernama
TAWAU: Trend sokongan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai Datuk Ruji Ubi dilihat semakin meningkat sejak enam bulan lepas, kata Setiausaha Agung gabungan itu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, calon lawan dari Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga penyandang kerusi, Sarifuddin Hata juga seorang yang bagus namun, Ruji disifatkannya sebagai lebih rapat dengan Perdana Menteri.
"Bezanya, bagus penyandang, dia jauh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Datuk Ruji bagus, dia baik dan rapat dengan Perdana Menteri, itu kelebihannya, jadi lebih 24,000 pemilih DUN Merotai jangan lupa dalam kertas undi, nombor empat," katanya ketika berucap pada ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Hotspring di Jalan Air Panas, di sini, pada Isnin.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Ruji merupakan pilihan terbaik pengundi Merotai kerana beliau berpengalaman luas sebagai ketua pentadbir ketika menjadi setiausaha beberapa kementerian Persekutuan termasuk ketua setiausaha Kementerian Pendidikan.
"Kalau dia kena jaga lima juta pelajar, kalau dia boleh jaga 400,000 guru, kalau dia boleh jaga 12,000 sekolah dan dia boleh urus peruntukan RM60 bilion, bayangkan kalau kita letak dia sebagai wakil rakyat Merotai, dia boleh jadi wakil rakyat yang lebih baik," katanya.
Menurutnya Ruji juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Dia (Ruji) boleh urus dengan baik, dan sebelum dia jadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dia pernah menjadi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, semua peruntukan Perdana Menteri ada di situ dan Ruji tahu di mana peruntukan yang ada," katanya.
Sehubungan itu, Saifuddin Nasution menasihati pengundi di Merotai supaya memenangkan calon dan parti yang boleh bekerja dengan Perdana Menteri serta kerajaan Persekutuan.
Selain itu, beliau berkata, Perdana Menteri dijangka turun padang untuk bertemu penduduk di Dewan Terbuka Merotai pada 26 Nov ini.
Merotai merupakan satu daripada empat DUN dalam Parlimen Kalabakan selain Tanjung Batu, Kukusan dan Sebatik.
Esok merupakan hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 manakala hari mengundi pada Sabtu ini.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari Sabah Memilih.
Boleh juga cuba kuiz personaliti PRN Sabah 2025 di sini Rise of the Voters.
N72: MEROTAI: SABAH: 26,179
1. Rhyme @ Reymie Kassim (PIS)
2. Hasan Haris (PN-PAS)
3. Sarifuddin Hata (Warisan)
4. Datuk Ruji Ubi (PH-PKR)
(2020: Sarifuddin Hata: Warisan Plus-Warisan: Majoriti: 1,587)
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan