KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkenalkan 11 muka baharu daripada keseluruhan 82 calon yang akan mempertahankan dominasi gabungan tersebut mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia mewakili 14 peratus daripada jumlah keseluruhan calon yang akan mewakili gabungan tersebut.
Menurut Abang Johari semasa pengumuman calon di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, jumlah calon wanita juga meningkat kepada lima orang berbanding empat pada PRN12.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan tiada calon langsung GPS (direct candidate) kerana ketiga-tiga calon kerusi tumpuan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, Engkilili dan Bawang Assan diterima masuk ke Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga merupakan parti komponen GPS.
BERITA LANJUT MENYUSUL