Skip to main content

Politik

[TERKINI] TIDAK RASMI PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tewas di Linggi, Loke gagal pertahan Chennah

N.SEMBILAN MEMILIH 2026
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke, turut dilaporkan gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah mengikut keputusan tidak rasmi setelah tewas kepada calon BN, Siow Kong Choon.
Advertisement

SEREMBAN: Percaturan berani Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dilaporkan tidak menjadi apabila beliau tewas kepada penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke, turut dilaporkan gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah mengikut keputusan tidak rasmi setelah tewas kepada calon BN, Siow Kong Choon.

Selain itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias secara tidak rasmi pula berjaya mempertahankan kerusi Dun Pertang dengan memperoleh 6,312.

Kemenangan tidak rasmi itu menyaksikan Jalaluddin memperoleh 3,719 majoriti meninggalkan calon PH, Mohd Umry Abdul Khois yang mencatat 2,593 undi dan Bersatu menerusi Mohd Faizal Fadli dengan hanya 367 undi.

Selain itu, BN dilaporkan secara tidak rasmi mengekalkan penguasaan di DUN Juasseh apabila mencatatkan 6,904 undi sekali gus mencatat 4,034 majoriti.

BN menerusi calonnya Datuk Ismail Lasim mengetepikan calon PH, Mohd Aidil Abdullah yang mencatatkan 2,870 undi manakala Bersatu menerusi calonnya, Mohd Suhaimi Md Yusof dengan 506 undi.

Ikuti perkembangan keputusan terkini PRN Negeri Sembilan di https://pru.astroawani.com/

Must Watch Video

Advertisement