KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan bahawa terdapat desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencampuri urusan mahkamah.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin, Asyraf Wajdi mendakwa, laporan yang disiarkan Astro AWANI memetik sumber dalaman yang 'tidak berasas' hingga mencetuskan 'persepsi negatif'.
"Saya turut berada dalam mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.30 tengah hari.
"Tiada langsung agenda perbincangan mendesak PM mencampuri urusan mahkamah apatah lagi seolah-olah wujud pertentangan di kalangan kepimpinan Bahagian mengenainya.
"Apakah logik untuk mendesak PM campur tangan kes SRC yang sudah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan? Lagipun bukan PM yang melantik Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang ada hari ini, tidak sebagaimana zaman Tun (Dr) Mahathir yang terlibat dalam pemilihan hakim-hakim seperti dakwaan Tommy Thomas selaku bekas Peguam Negara dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness.’
"Apa yang boleh saya kongsikan secara umum, perbincangan tadi lebih kepada isu-isu mengenai PRU15 )(Pilihan Raya Umum ke-15).
LAPOR LANGSUNG: Mesyuarat Tergempar: UMNO nafi Ketua Bahagian diarah gerak usul desak PM bubar Parlimen
"Saya berharap AWANI lebih bertanggung-jawab dalam penglaporan berita dan berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi bukan seperti media-media pojok murahan yang lain," katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang berlangsung di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, di ibu negara, pada Isnin gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber dalaman memberitahu Astro AWANI, ramai dalam kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.
Menurut sumber itu lagi, ada dalam kalangan kalangan Ketua Bahagian yang terpaksa datang selepas dipercayai diberi kata dua, tidak akan diberi watikah untuk bertanding dalam PRU15.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 22 2022
Asyraf Wajdi mendakwa, beliau turut berada dalam Mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.30 tengah hari di ibu pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar fail
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
Tubuh ‘task force’ selami masalah rakyat - Ketua Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu ahlinya tampil aktif dalam memperjuangkan isu rakyat menerusi penubuhan task force Aduan Rakyat.
Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti, tegas Dr Akmal.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.
Pengampunan Najib: Pemuda UMNO bidas Bersih
Pemuda UMNO berkata, pendirian NGO itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.
Pemuda UMNO mulakan misi bantuan banjir ke pantai timur
Pemuda UMNO hari ini memulakan misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa yang terjejas banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.