awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ahli Parlimen yang boleh buktikan ada sokongan majoriti - PM

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2021
11:41 MYT
Tiada ahli Parlimen yang boleh buktikan ada sokongan majoriti - PM
Muhyiddin menjelaskan sekiranya tidak ada kerajaan baharu dapat dibentuk, imuniti kelompok yang disasarkan pada Oktober ini tidak akan berjaya. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi Perdana Menteri baru.
Jelas beliau, sekiranya Perdana Menteri baharu tidak boleh dilantik maka kerajaan baharu yang akan mentadbir negara juga tidak boleh dibentuk.
"Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan. Jika saya mengambil keputusan ini, maka selesailah urusan saya dan terserahlah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.
"Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
'Tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat dapat kepercayaan majoriti' - PM
"Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan yang terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.
"Namun, sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu," katanya ketika menyampaikan Ucapan Khas - 'Bersama Memulihkan Negara' di sini, pada Jumaat.
[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri | 13 Ogos 2021
Muhyiddin menjelaskan sekiranya tidak ada kerajaan baharu dapat dibentuk, imuniti kelompok yang disasarkan pada Oktober ini tidak akan berjaya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#sokongan
#majoriti
#Ucapan Khas PM
#imuniti kelompok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan