KOTA KINABALU: Tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 10 Januari ini, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joachim Gunsalam.
Malah tegas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu lagi, sekiranya usul itu dibawa, beliau yakin Hajiji akan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menurutnya, PBS menyokong 110 peratus kepimpinan Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"(Perlukah usul undi percaya) tiada keperluan, tetapi apabila diusulkan saya yakin kita akan menang.
"PBS juga menyokong 110 peratus kepimpinan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah Sempena
Tahun Baharu Cina Tahun 2023 anjuran Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
Ditanya mengenai kumpulan didakwa mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu Joachim yang juga ADUN Kundasang enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya ketika ditanya adakah perkara itu menggugat kerajaan negeri dipimpin Hajiji sekarang, beliau menjelaskan kepimpinan kerajaan masih meneruskan kerja seperti biasa dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.
Selain itu, Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), Datuk Ellron Alfred Angin berkata, semua ADUN itu setia bersama kepimpinan Hajiji.
"Setahu saya semua ADUN Star bersama Datuk Seri Hajiji. (Ada orang jumpa mahu beli) belum ada lagi... mungkin mereka tidak berani kerana tahu kami dalam pasukan Hajiji. Tetapi jangan cuba-cuba, kami setia kepada Hajiji," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan memaklumkan Hajiji menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah.
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) dan bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.
Kenyataan itu rentetan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa mereka memperoleh sokongan lebih separuh ADUN Sabah untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan negeri baharu.
Mirlen Axtius
Thu Jan 05 2023
Tegas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu lagi, sekiranya usul itu dibawa, beliau yakin Hajiji akan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Jambatan Marudi bantu jana sosioekonomi penduduk Marudi
Jambatan Marudi yang siap September 2024 jamin konektiviti dan dapat tingkat taraf hidup penduduk selain jana ekonomi.
Pembinaan jambatan konkrit jadi "game changer" kepada Marudi
Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Marudi akan mempermudahkan segala urusan, termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
'Buat kacau, conteng baju habis SPM'
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM)ditahan polis.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Majlis Perasmian Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak di Kuching.
Polis Marin rampas mercun bernilai RM21 juta
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang merampas pelbagai jenama mercun dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas.
Penyelesaian masalah bekalan elektrik segera
Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Batu 14 Apas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang bertemu penduduk di kawasan berkenaan memberi jaminan akan melihat kepada perkara itu dan akan cari jalan penyelesaian segera.
Penduduk Kampung Batu 14 Apas rayu bekalan elektrik
Penduduk Batu 14, Jalan Apas Tawau rayu bekalan elektrik yang sah di perkampungan mereka.
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
Semua pihak perlu bergerak ke hadapan, fokus pembangunan negara - Zahid
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat merupakan manifestasi buat semua pihak untuk bergerak ke hadapan.
Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini akan dibahaskan.
Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai PM10 terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat.
Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
Hormati keputusan Anwar usul undi percaya - Azalina
Azalina berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani.
Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin
Amirudin berkata, usul undi percaya itu adalah wajar bagi memastikan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.
PM ke-10: Parlimen bersidang 19 Dis, undi percaya jadi usul pertama - Anwar
Undi percaya akan menjadi usul pertama yang akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada 19 Disember depan.
"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas
Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.
Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah Muhyiddin Yassin.
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu.