KUALA LUMPUR: MIC menegaskan tiada masalah bagi parti itu, sekiranya Barisan Nasional (BN) ingin memperuntukkan kerusi kepada rakan sekutu atau parti mesra komponen BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), asalkan ia bukan kerusi tradisi yang ditandingi MIC.
Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata parti itu bersetuju dengan cadangan untuk memberi peluang kepada parti-parti 'Friends of BN' untuk bertanding dalam PRU15 kelak, namun ia harus berdasarkan pertimbangan yang munasabah.
"Yang Berhormat Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi) telah mengumumkan bahawa salah satu parti dalam Friends of BN akan diberi kerusi untuk bertanding di bawah tiket BN pada pilihan raya umum yang akan datang.
".., dan perkara ini akan dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk diputuskan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Sementara itu, Vigneswaran juga meminta pucuk kepimpinan BN agar memperuntukkan kerusi yang adil dan berpatutan kepada parti berusia 75 tahun itu dalam PRU15, nanti.
Beliau berkata amat penting bagi MIC untuk mendapat kerusi-kerusi tradisi atau baharu berasaskan kepada landskap dan perubahan politik di peringkat akar umbi.
"Maksud saya ialah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen yang MIC mempunyai peluang untuk memenangi kerusi berkenaan," katanya.
Vigneswaran yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan menggesa supaya pembahagian kerusi untuk parti gabungan BN dilakukan secepat mungkin supaya kepimpinan parti itu dapat melantik penyelaras bagi memastikan kemenangan BN pada PRU15.
Katanya, MIC kini mempunyai pasukan yang berkebolehan dan berdedikasi selepas pemilihan barisan kepimpinan parti itu baru-baru ini dan berbekalkan pengalaman selama 75 tahun, parti itu diyakini dapat menyumbang kembali undi masyarakat India kepada BN pada PRU15.
Menyentuh mengenai tarikh PRU15, Bekas Speaker Dewan Negara itu menggesa pucuk kepimpinan BN untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dalam menentukan masa yang paling sesuai bagi mengadakan PRU15.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Vigneswaran berkata parti itu bersetuju dengan cadangan untuk memberi peluang kepada parti-parti 'Friends of BN' untuk bertanding dalam PRU15 kelak, namun ia harus berdasarkan pertimbangan yang munasabah. - Gambar/ Bernama

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

PRU15: SUPP mampu menang tujuh kerusi tradisi - Abang Jo
Pencapaian yang cemerlang SUPP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 lalu bukti kejayaan parti tertua di Sarawak itu kembali mendapatkan keyakinan rakyat khasnya komuniti Cina di negeri itu.

PRU15: Ka Siong gesa MCA kerja keras kerana masa depan di tangan rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa parti itu supaya bekerja keras untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana masa depannya terletak di tangan rakyat.

DAP tak bincang kerjasama 'khemah besar', fokus kuatkan PH hadapi PRU15 - Anthony Loke
Setiausaha Agung DP, Anthony Loke, berkata, tumpuan parti itu dan PH adalah untuk untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan parti sendiri bagi menghadapi PRU15.

PN sokong agihan kerusi PRU15 diselesaikan awal - Muhyiddin
Meskipun belum diputuskan secara rasmi, langkah itu bagi membolehkan gerak kerja awal oleh jentera setiap parti komponen dapat dilakukan.

PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung
Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bersatu belum putuskan senarai calon PRU15 - Hamzah
Belum ada persetujuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai calon yang akan bertanding pada PRU15.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Fadillah sah bertanding PRU15, pertahan kerusi Petra Jaya
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 2004.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M
Seperti orang lain, Tun M bimbang kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.