awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada pembangkang, rakyat boleh kritik kerajaan' - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
02:30 MYT
'Tiada pembangkang, rakyat boleh kritik kerajaan' - Abdul Hadi
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada malam, Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
MARANG: Pas menggalakkan budaya menasihati termasuk rakyat boleh mengkritik kerajaan bagi memastikan berlaku semak dan imbang dalam kerajaan.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal ini.
"Ahli-ahli DUN boleh nasihati kerajaan. Kita akan galakkan budaya menasihati termasuk rakyat mengkritik kerajaan.
"Semua orang boleh kritik kerajaan termasuk orang dalam kerajaan sendiri. Rakyat juga boleh sampaikan apa-apa pandangan mereka menerusi saluran yang rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan pilihan raya negeri (PRN) oleh Pas Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila di sini pada malam, Sabtu.
Pada Sabtu, PN yang terdiri daripada Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kekal sebagai kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Terengganu buat pertama kalinya menyaksikan kesemua 32 kerusi dimenangi PN yang bertanding menggunakan logo Pas, sekali gus menyaksikan tiada pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
PN juga menang besar di Kelantan apabila memperoleh 43 daripada 45 kerusi dan di Kedah gabungan itu memenangi 33 daripada 36 kerusi.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perkara itu boleh dilaksanakan meskipun Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam DUN.
"Kita orang Islam percaya kerajaan sempurna daripada ALLAH. Kerajaan ditadbir manusia ini ada kekurangan.
"Kekurangan ditampung oleh pimpinan secara kolektif bukan Menteri Besar sahaja malah melibatkan Exco dan wakil rakyat.
"Keduanya melalui sikap terbuka kerajaan terhadap kritikan-kritikan daripada semua pihak," jelas beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Pas menang besar di Terengganu
#Terengganu tiada pembangkang
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan