awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pemilihan semula PKR, tumpu persediaan PRU15

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2022
14:20 MYT
Tiada pemilihan semula PKR, tumpu persediaan PRU15
Pemilihan PKR telah selesai sepenuhnya dan kini parti menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar hiasan/ Astro AWANI
SHAH ALAM : Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Selangor menafikan dakwaan terdapat beberapa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu akan melakukan undian semula.
Koordinator Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Selangor, Mazli Saring berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu dan beranggapan dakwaan tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memanaskan keadaan.
Menurutnya, pemilihan PKR telah selesai sepenuhnya dan kini menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang pemakluman mengenai perkara tersebut, mungkin ada pihak sengaja mencipta cerita panas.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan 53 cabang PKR berdepan dengan pemilihan semula.
Melalui maklumat diterima, kebanyakan cabang terlibat adalah kawasan Selangor termasuk Gombak, Ampang.
Dijangka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Mazli tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan telah bertindak membuat aduan kepada RoS.
Bagaimanapun katanya, JPP tidak menerima sebarang surat daripada RoS mengenai perkara itu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memberikan kenyataan jika ada sebarang perkembangan mengenainya.
Tegasnya, pemilihan PKR Selangor terakhir diadakan di Hulu Selangor selepas ditangguhkan disebabkan masalah logistik.
"Selain itu, Cabang Ampang dibuat undian semula selepas kemenangan, Daing Muhammad Reduan Bachok dibatalkan kerana terdapat unsur wang semasa pemilihan.
"Jawatan itu kini digantikan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet," kata beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PKR
#pemilihan semula PKR
#Jawatankuasa Pemilihan Parti
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan