KUALA LUMPUR: Tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu, sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.
“Politics is the art of possible… saya tak nampak apa-apa sebab kita tak boleh ada sikap keterbukaan kita untuk kerjasama, dengan syarat – ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust (kepercayaan) dalam kerjasama.
“Tapi kalau kita nak buat satu pakatan politik baharu, dan tidak berdasar pada kebolehpercayaan atau trust, ia akan runtuh, lambat-laun akan runtuh. Ia (telah pun) berlaku pada Pakatan Harapan sebab asas kepercayaan itu tidak ada,” katanya lagi.
Najib berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam program Eksklusif Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan Astro AWANI malam ini.
Baru-baru ini, beberapa media melaporkan keterbukaan parti yang kini diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu untuk melakukan kerjasama dengan DAP dan PKR, terutama sewaktu peralihan kepimpinan kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas.
Rata-rata penganalisis politik berpendapat, ia mempunyai potensi untuk membuka lembaran dinamik politik yang baharu.
Mengulas lanjut, Najib berkata, kerjasama sama antara pihak atau parti yang dianggap seteru politik bukanlah perkara baharu dalam negara ini.
“Kalau lihat pada PH pun siapa boleh fikirkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bersama-sama dalam satu pakatan politik untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
“Tetapi ia berlaku. Dr Mahathir dengan DAP umpamanya, boleh duduk semeja, boleh lantik DAP jawatan-jawatan (Kabinet) yang penting,” katanya.
Namun, tambah beliau lagi, ia akhirnya gagal bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) seterusnya, ekoran rasa tidak percaya yang bercambah dalam kalangan parti komponen PH.
Atas sebab itu, Najib sekali lagi menegaskan, sebarang keputusan yang melibatkan perubahan dasar atau prinsip UMNO, khususnya dalam kerjasama dengan parti politik lain, perlu melalui perbincangan yang menyeluruh, dan diterima akar umbi parti itu.
Firdaus Azil
Mon Feb 22 2021

Najib berkata, kerjasama sama antara pihak atau parti yang dianggap seteru politik bukanlah perkara baharu dalam negara ini. - Foto Astro AWANI

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Perlu wujud sistem sokongan untuk memudahcara kehidupan wanita bekerjaya - Nor'Afiza Saim
Memandangkan wanita menggalas pelbagai tanggungjawab berbanding lelaki, perlu ada sistem sokongan supaya mereka dapat mencapai potensi sebenar di tempat kerja tanpa menggadaikan kebajikan keluarga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Nor'Afiza Saim.

Peranan lelaki bentuk wanita perkasa bermula di rumah
Besar tanggungjawab lelaki untuk membentuk budaya memartabat wanita dengan bermula dengan peranannya sebagai suami dan bapa dalam keluarga, kata

Peranan wanita dalam segala aspek perlu benar-benar difahami - Haniza Talha
Setiap anggota masyarakat dari kepimpinan tertinggi sehingga rakyat kebanyakan, baik lelaki dan wanita, perlu benar-benar memahami peranan wanita sebagai pengimbang kepada kesejahteraan dunia, kata ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha.

Budaya tradisi yang menekan potensi wanita harus diubah
Sudah tiba masa sesetengah budaya temurun yang dilihat menekan wanita daripada berupaya mencapai potensi sebenar mereka perlu diubah, kata ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

10 Berita Pilihan - (08 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemimpin negara rakam penghargaan sempena Hari Wanita
Nenek, ibu, kakak, isteri, antara wanita yang pernah menghiasi kehidupan ramai orang dan tidak dinafikan, jasa mereka tidak terkira banyaknya.

Tujuh tahun misteri MH370: Kerajaan terbuka perbincangan untuk teruskan pencarian
Kerajaan juga menzahirkan komitmen untuk memastikan semua ahli keluarga dan waris mangsa terus mendapat perkembangan mengenai pencarian pesawat tersebut.

Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.

Zahid tidak ada kekuatan - Pemuda UMNO Kuala Selangor
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu sekali lagi dipilih menjadi Presiden UMNO dan mengulangi kecemerlangannya mengemudi parti sebelum ini.

SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon terhadap badan politik itu sebagai responden.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.