KOTA KINABALU: Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.
Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.
"MoU itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh Pilihan Raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir bulan Julai, sebelum 31 Julai.
"Tetapi MoU bersama Ahli-Ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan, bila dibubarkan itu terpulang kepada Perdana Menteri dan pimpinan untuk menentukan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.
Pada 13 Sept tahun lepas, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen dan PRU15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.
"Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan, siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.
"Kalau kita buat (PRU15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati, ini semua perlu dinilai dengan terperinci," katanya.
Semalam, Ismail Sabri berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 sekiranya BN sudah bersedia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Annuar berkata, MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini. - Gambar fail
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
MoU: Akhirnya kerajaan akui PH bukan ancaman Melayu, Islam - Mahfuz
Mahfuz berkata memorandum tersebut, sekali gus menyaksikan kerajaan akhirnya mengakui Pakatan Harapan bukan lagi ancaman kepada Melayu dan Islam.
MoU kerajaan, pembangkang jadi dokumen awam, bukti ketelusan kepada rakyat
Tempoh masa ditetapkan bermula tarikh dokumen itu ditandatangani (13 September 2021), sehingga tarikh pembubaran Parlimen Malaysia Ke-14.
Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
MoU Transformasi dan Kestabilan Politik itu ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH di Dewan Bankuet, Parlimen pada jam 5 petang