awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada tawaran Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2023
07:27 MYT
Tiada tawaran Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 di Dewan Serbaguna Dato' Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang di Bagan Datuk pada Ahad. - Foto Sinar Harian
BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ada pihak dalam kerajaan menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, parti itu seeloknya terus 'berkawan' dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).
"Di luar pengetahuan saya. Saya rasa eloklah mereka berkawan terus dengan Bersatu.
"Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia," katanya ringkas ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi.
Ahmad Zahid menyerahkan sumbangan kerusi roda dan kotak Perkeso Perihatin kepada salah seorang penerima faedah Perkeso pada Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 di Bagan Datuk.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 di Dewan Serbaguna Dato' Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang di sini pada Ahad.
Media pada Sabtu melaporkan Abdul Hadi mendakwa tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak Pas.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya sememangnya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun tetapi tawaran berkenaan mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju Pas. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan