PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menghormati keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengumumkan pelantikan jawatan timbalan menteri di bawah portfolio itu.
Bercakap kepada media di sini, Mohd Na'im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara.
"Kuasa lantikan di bawah Perdana Menteri, saya hormati apa diputuskan Perdana Menteri, sebelum ini pun saya ada sebut ini tanggungjawab besar dan amanah besar, maka akan jadi lebih besar dengan ketiadaan timbalan menteri.
"Kita akan cuba sebaiknya dan pikul (tanggungjawab), saya tengok ada kebaikan seolah-olah portfolio agama ini penjawat awam yang gerakkan. Insya-Allah jika kita berjaya gerak (portfolio ini), ia jadi satu isyarat jelas kemampuan penjawat awam," katanya selepas merasmikan Munaqasyah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2022 di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
[LAPOR LANGSUNG] Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan diumum
Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan 27 timbalan menteri, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pengumuman itu, Anwar tidak menyenaraikan dua timbalan menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.
Sementara itu, semasa berucap Mohd Na'im berharap agar SDK dapat melahirkan produk-produk dakwah korporat yang berimpak tinggi dan menjadi 'barisan hadapan' yang akan mengangkat imej serta prestij pengurusan gerak kerja dakwah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Mohd Na'im berkata ketiadaan timbalan menteri tidak membantutkan usahanya menerajui dan menjaga hal ehwal berkaitan agama Islam di dalam negara. - Foto BERNAMA
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM
Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.
Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan
27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Sabtu.
Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.
Kabinet Perpaduan: Komposisi kaum perlu diambil kira lantik Timbalan Menteri- Pemerhati politik
Pemerhati Politik melihat komposisi kaum perlu diambil kira dalam melantik Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.
Harapan masyarakat menjelang pembentukan Kabinet
Menjelang pembentukan kabinet yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.
Video nikah tular: Timbalan menteri mohon maaf
Che Abdullah berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang dan menghormati privasi keluarganya.