awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Rusia-Malaysia dilancarkan tahun ini
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
'UMNO masih dibelenggu 'denial syndrome’, perlu berani hadapi realiti' - Akmal Salleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri

Fareez Azman
Fareez Azman
09/12/2022
11:34 MYT
Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri
Jeniri percaya pertimbangan dibuat sewajarnya oleh Anwar untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di bawah pentadbirannya. - Fail
KUALA LUMPUR: Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Jeniri Amir, beliau percaya pertimbangan dibuat sewajarnya oleh Anwar untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di bawah pentadbirannya.
"Saya percaya Perdana Menteri akan gunakan ramuan yang tidak jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukan pelantikan Menteri tempoh hari.
"Tidak ada jangkaan di luar daripada formula di pegang, pertama berdasarkan formula parti yang mendokong kerajaan perpaduan," jelasnya.
Tambah Jeniri, keanggotaan barisan Kabinet dijangka mengambil kira hierarki dan kedudukan parti dalam kerajaan itu.
"Jadi jumlah kerusi dimenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu akan dipertimbangkan dan ini berdasarkan juga hierarki dan kedudukan dalam parti.
"Saya percaya quota itu akan dipertimbangkan selain berapa jumlah menteri yang telah dibentangkan dalam Kabinet lalu," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut tambah Jeniri, Anwar akan membuat pertimbangan serius dalam memastikan semangat Kerajaan Perpaduan direalisasikan.
"Parti politik kurang jumlah menteri, jadi pasti pertimbangan serius bukan sahaja pastikan aspek berkaitan dengan poarti politik kaum agama, dan wilayah itu diberi perhatian bagi memungkinkan semangat kerajaan perpaduan itu direalisasikan.
"Selain hasrat Perdana Menteri itu dapat dipenuhi melalui jawatan Timbalan Menteri, selain pastikan mereka mendokong kepimpinan beliau itu berpuas hati dan mengikut dan tiada sebarang ancaman kerajaan perpaduan ini," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Anwar dijangka mengumumkan barisan Timbalan Menteri pada jam 8.15 malam ini yang akan dibawakan secara langsung di saluran 501.
Topic Berkaitan
#Dr Jeniri Amir
#Perdana Menteri
#Timbalan Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan