awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada undi percaya terhadap PM di Parlimen - Wan Junaidi

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
08:02 MYT
Tiada undi percaya terhadap PM di Parlimen - Wan Junaidi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan tiada keperluan untuk mengemukan undi percaya terhadap Ismail Sabri dalam sidang Dewan Rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan tiada keperluan untuk mengemukan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan pelantikannya.
Wan Junaidi bekata, memandangkan pelantikan memperuntukkan Perlembagan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah maka pelantikan Ismail Sabri adalah mengikut lunas undang-undang.
"Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa besar kepada Al-Sultan Abdullah untuk melantik Perdana Menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu 114 Ahli Parlimen menyokong (Ismail Sabri).
"Ini bukan anggapan lagi, memang menghadap Agong. Jadi, dalam masa singkat, saya tidak melihat mereka mengubah pendirian. Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang mengubah fikiran.
Undi Keabsahan | Tindakan Peguam Negara membingungkan - Anwar
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang telah dibentuk, baru-baru ini.
Jelansya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan Kerajaan yang dibuat sebelum ini adalah mengikut lunas undang-undang.
Menurut beliau, ketelitian proses pemilihan dijalankan Al-Sultan Abdullah memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri - Peguam Negara
BACA: Undi percaya: Tindakan Peguam Negara membingungkan - Anwar
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Yang di-Pertuan Agong
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan