SEPANG: Bekas Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, yang dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari kepada parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemecatan Tian Chua adalah syor daripada jawatankuasa disiplin parti.
"Dalam mana-mana keputusan disiplin parti, ada ruang untuk kemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari... saya yakin dia (Tian Chua) akan manfaatkan proses rayuan ini, daripada situ lembaga rayuan akan teliti asas rayuan yang dibuat," katanya kepada kepada pemberita selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
BACA: PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Tian Chua dan empat lagi ahli PKR dipecat selepas bertanding pada PRU15 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang lepas, tanpa persetujuan parti.
Empat lagi yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M. Mohganan (Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew ketika dihubungi Bernama, berkata keputusan pemecatan dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang diadakan semalam.
Pada PRU15, Tian Chua. yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, bertanding di kawasan sama manakala Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding atas tiket Parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji dan DUN Chenderiang, kedua-duanya di Perak.
Sementara, Mohganan bertanding di Parlimen Taping sebagai calon Bebas dan Nur Khairunisa bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu bagi DUN Sadong Jaya pada PRN Sarawak ke-12.
Mengenai ketidaktentuan politik di Sabah, Saifuddin berkata proses penyelesaian masalah di negeri itu sedang berjalan.
"Biar perbincangan pimpinan utama dilakukan dahulu. Saya percaya mereka dapat cari formula terbaik kepada sedikit masalah di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Saifuddin Nasution berkata pemecatan Tian Chua (gambar) adalah syor daripada jawatankuasa disiplin parti. - Gambar fail
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.