awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak dapat masuk pusat penamaan, SPR tunggu siasatan polis

Bernama
Bernama
29/04/2018
20:57 MYT
Tidak dapat masuk pusat penamaan, SPR tunggu siasatan polis
Menurut Mohd Hashim difahamkan ada pihak telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut, dan oleh itu adalah tidak wajar bagi pihaknya untuk memberikan sebarang kenyataan. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ada calon tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, sehingga laporan lengkap diperolehi dan siasatan polis dijalankan.
Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, difahamkan ada pihak telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut, dan oleh itu adalah tidak wajar bagi pihaknya untuk memberikan sebarang kenyataan.
"SPR mengambil maklum terhadap bantahan pihak terbabit yang tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan kertas pencalonan mereka semasa hari penamaan calon di bahagian pilihan raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Rantau dan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ekoran tidak mempunyai pas SPR.
"Terpulanglah kepada pihak terbabit untuk menggunakan saluran perundangan yang dibenarkan berkaitan kes itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu juga, SPR meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
Pada Sabtu, calon PKR, Dr S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.
Ia menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#Mohd Hashim Abdullah
#Negeri Sembilan
#Parlimen
#PAS
#penamaan calon
#pilihan raya
#PKR
#polis
#siasatan
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan