awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan

Bernama
Bernama
09/11/2024
14:13 MYT
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN17 yang dijangka diadakan pada tahun depan. - Gambar fail/X/BERNAMA
PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN17 yang dijangka diadakan pada tahun depan.
"Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon di sini hari ini.
Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, bagaimanapun berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS.
Katanya sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat.
Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#kerjasama
#GRS
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan