SEREMBAN: Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu di hadapan calon BN dan penyokong parti itu, dipercayai di Wisma UMNO Negeri Sembilan.

"Barisan Nasional menang 14 kerusi. Setakat ini, PH dengan BN sudah boleh tubuhkan kerajaan," katanya disambut sorakan penyokong dan calon.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi diterima media, Datuk Seri Mohamad Hasan menang buat kali kelima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti selesa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pula menang di DUN Chennah dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sedang mendahului di DUN Sikamat.


KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN RASMI/TIDAK RASMI