KUALA LUMPUR: Lebih setahun menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Saiful Bukhari Azlan mengumumkan keputusan mengundurkan diri sebagai ahli seumur hidup parti itu, berkuat kuasa hari ini (25 April).
Keputusan itu telah dipanjangkan beliau ke pengetahuan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui sepucuk surat pada Jumaat lalu (22 April).
Memetik laporan The Malaya Post, Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu dan bekas Ketua Unit Penyelidikan Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu mengundur diri atas sebab-sebab peribadi.
“Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bertarikh pada 22hb April 2022 dan berkuatkuasa hari ini, Isnin, 25hb April 2022.
"Ia dilaksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,” katanya dalam satu kenyataan media seperti dilaporkan The Malaya Post.
Saiful Bukhari turut merakamkan penghargaan kepada Bersatu yang merupakan parti politik pertama disertainya.
"Sekalung penghargaan buat parti atas kesudian menerima saya selaku ahli awal tahun lalu dan pengalaman yang diberi selaku AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu (Jun 2021-Kini) dan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional bagi tempoh Mei 2021-Okt 2021,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabatnya di Bersatu.
"Di sini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat di PPBM. Walaupun, tidak menjadi ahli tidak semestinya perlu putus persahabatan.
"Pada hemat saya, silaturahim harus mengatasi ideologi politik. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya.
Untuk rekod, Saiful Bukhari dilantik sebagai AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu pada Jun 2021 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Penyelidikan Pemuda PN bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021.
Ridauddin Daud
Mon Apr 25 2022
Saiful Bukhari Azlan mengumumkan keputusan mengundurkan diri sebagai ahli seumur hidup parti Bersatu berkuat kuasa hari ini (25 April). - Gambar Facebook
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Tidak sampai dua tahun jadi ahli, Saiful Bukhari umum keluar Bersatu
Saiful Bukhari Azlan tinggalkan parti Bersatu atas sebab-sebab peribadi.
PRK Port Dickson: Waktu undian tamat tepat jam 5.30 petang
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tamat jam 5:30 petang tadi dengan peratusan undi dijangka tidak mencapai sasaran.
PRK Port Dickson: Tiada satu undi pun untuk Saiful Bukhari Azlan - IDE
Kaji selidik bagi PRK Port Dickson mendapati Saiful bukan pilihan pengundi.
Anwar tidak layan 'serangan' Saiful Bukhari
Datuk Seri Anwar lebih fokus kepada agenda pembangunan PD dan masalah di peringkat nasional.
Operasi menyelamat di Puchong ikut prosedur
Menurut Hamdan anggota bomba tersebut termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat.
Mahkamah Rayuan Syariah tolak permohonan qazaf Anwar terhadap Muhammad Shafee
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan Mahkamah Rayuan Syariah, serta panel hakim Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Mukhyuddin Ibrahim.
Kronologi Kes Liwat II, Anwar Ibrahim
Nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditentukan mahkamah yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.
Hari perhitungan buat Anwar Ibrahim?
Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya?
Saiful Bukhari selamat diijabkabul dengan personaliti TV
Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man hari ini.