KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Bendahari UMNO Selangor.
Dalam catatan terbaharu di laman sosialnya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, beliau melihat perancangan kebangkitan parti di negeri itu sebagai hambar, dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Menurut beliau, apa yang berlaku itu juga sama sekali bertentangan dengan usaha Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti yang katanya tidak henti-henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat Pusat.
“Namun, sejauh mana hebat perencanaan Pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah. Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di Pusat.
“Pendekatan dan prinsip saya mudah: kalau saya tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan maka saya tidak harus memegang sesuatu jawatan. Malah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif,” katanya lagi.
Ketika ini, UMNO Selangor dipimpin oleh Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan juga Datuk Johan Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, selaku Timbalan Pengerusi.
Dalam catatannya, Tengku Zafrul berpandangan, Selangor merupakan sebuah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak.
“Demografinya yang majmuk dengan asas majoriti Melayu Bumiputera, ditambah dengan keseimbangan bandar serta luar bandar, mencerminkan dinamika Malaysia yang lebih luas. Kerancakan ekonominya sentiasa meletakkan Selangor sebagai lokasi tumpuan segenap aktiviti.
“Natijahnya, jika sesebuah parti tidak ada keberadaan yang kuat di Selangor - parti itu sukar digelar sebuah parti nasional atau parti untuk masa depan,” katanya lagi.
Bagi mengelak hakikat tersebut, beliau berkata, strategi ampuh sepatutnya perlu dirangka dengan ketetapan yang sesuai dengan realiti semasa.
Keputusan pilihan raya negeri di Selangor tahun lepas, katanya lagi, sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.
“Antara lain, tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap - diuji dan disemak dengan pemegang taruh.
“Kerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan bahawa masalah UMNO terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat Pusat,” luah beliau lagi.
Tengku Zafrul turut merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan ini, dan beliau akan tetap meneruskan tugasan, peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang dipilih.
“Saya sentiasa mendoakan agar Allah SWT merestui perjuangan hakiki kita bersama dan semoga UMNO khususnya UMNO Selangor bertapak kembali di hati rakyat negeri ini, Insya-Allah.
“Semoga UMNO kembali ke persada politik tanahair demi Agama, Bangsa dan Negara. Dulu, Kini dan Selamanya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Apr 01 2024
Tengku Zafrul(dua dari kanan) mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Bendahari UMNO Selangor. - Gambar fail
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari
Tengku Zafrul kecewa dengan perancangan kebangkitan parti di negeri itu yang hambar dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
PM dijangka bertemu 28 kapten industri Jerman, fokus laksana komitmen pelaburan - Tengku Zafrul
Dalam tiga hari berasingan, PM akan bersemuka dengan pemain-pemain industri untuk jawab segala tanda tanya mengenai ekonomi Malaysia.