awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak timbul isu "Yes Man" dalam kabinet - Abdul Rahman

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
09/08/2015
10:48 MYT
Tidak timbul isu "Yes Man" dalam kabinet - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: Apabila seseorang itu menganggotai kabinet maka mereka harus mendukung aspirasi Perdana Menteri dan kerajaan. - Gambar Fail
Tidak timbul soal "Yes Man" kepada Perdana Menteri kerana memang ada kalangan ahli kabinet yang tidak bersetuju dengan sesuatu dasar kerajaan, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi itu berkata apabila seseorang itu menganggotai kabinet maka mereka harus mendukung aspirasi Perdana Menteri dan kerajaan.
Malah Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional itu berkata sekiranya mana-mana anggota kabinet tidak bersetuju dengan dasar yang dilaksanakan mereka boleh meletak jawatan atau dilucut jawatan seperti mana yang dilaksanakan di mana-mana negara demokrasi lain.
"Kalau kita tidak bersetuju, maka kita mempunyai peluang untuk meletak jawatan dan mengkritik dasar dari luar, itu perkara biasa dalam demokrasi di seluruh dunia," katanya semasa ditemui selepas perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran hari ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran Itu juga menegaskan kesetiaan kepada pemimpin merupakan kunci kepada kekukuhan UMNO sebagai sebuah parti.
Semalam semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin UMNO hanya menjadi "Yes Man".
Katanya, sekiranya semua ahli UMNO terdiri daripada golongan itu sahaja, maka tidak akan ada pendapat yang berbeza.
Beliau mengingatkan semua pemimpin parti boleh bertukar pendapat, tetapi mereka perlu akur dengan sebarang keputusan yang sudah dibuat.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Rahman Dahlan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan