awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Ketua Bahagian sebagai Pemangku Ketua UMNO Pekan - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
24/08/2022
14:54 MYT
Timbalan Ketua Bahagian sebagai Pemangku Ketua UMNO Pekan - Wan Rosdy
Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, akan menjadi 'caretaker' jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tim (Timbalan) sebagai Pemangku Ketua Bahagian," kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini, hari ini.
Terdahulu, Wan Rosdy, menerusi kenyataan di media sosialnya, berkata Parlimen Pekan akan dijaga, diurus tadbir dan diberikan perhatian sewajarnya demi manfaat rakyat, selain bekas perdana menteri itu disifatkan amat berjasa kepada Pahang dan negara.
"Bagi kami, amat besar jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Najib dalam membangun dan memajukan Pahang serta negara ini sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang satu ketika dahulu.
"Justeru, kami amat menghargai setiap jasa, keringat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama ini, katanya.
BACA: Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan, Datuk Seri Ishak Muhammad, berkata Timbalan Ketua UMNO Pekan dijangka akan memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan perkara yang berbangkit daripada keputusan semalam.
"Timbalan akan lakukan dan kita akan berbincang bersama-sama. Apa-apa keputusan akan dibuat bersama-sama," katanya ringkas.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan
#Pemangku Ketua UMNO Pekan
#caretaker
#Najib Razak
#UMNO Pahang
#menteri besar pahang
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan