KUALA LUMPUR: Sikap ahli politik yang menjadikan diri mereka sebagai 'komoditi' menyebabkan negara berada dalam situasi politik yang amat janggal dan tidak pernah dilalui sebelum ini.
Itu pandangan yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan atau 'Tok Mat' sambil menambah ahli politik terlibat juga tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada parti dan pengundi mereka.
"Mereka memperdagangkan diri seolah-olah mereka ini 'komoditi politik,' jadi inilah keadaan yang kita hadapi sekarang.
"Yang paling malang, moral politik Malaysia sangat susut dari segi nilai dan prinsip," katanya ketika ditemu bual dalam Program Bual Bicara 'Terus Terang Bersama Tok Mat' yang disiarkan di Facebook UMNO Online malam ini.
Beliau mengulas krisis politik tanah air yang tidak berkesudahan sejak akhir-akhir ini sehingga Malaysia menyaksikan pelantikan tiga perdana menteri dalam tempoh tiga tahun.
Mohamad berkata tindakan parti yang membuka pintu kepada ahli politik yang melompat parti menjadikan keadaan lebih buruk malah 'pengkhianat' ini diraikan oleh parti terbabit.
Beliau berkata kesan tindakan itu menyebabkan kerajaan hilang keseimbangan politik yang pernah dikuasai selepas merdeka.
Sebaliknya negara telah memasuki fasa yang menyaksikan tiada parti yang dominan dan kekuatan politik Melayu berada di tahap paling lemah dalam sejarah tanah air.
Mohamad berkata jika keadaan ini berlarutan, negara tidak akan mencapai kestabilan dan kesejahteraan politik seperti dahulu.
"Ini sangat bahaya kerana negara tidak akan boleh diurus dengan baik, tak boleh ditadbir dengan sejahtera dan jika negara diurus dengan baik, rakyat akan dapat faedah, dapat rasa keamanan politik dan kesihatan serta ekonomi (yang lebih baik) di negara kita," katanya.
Beliau juga berkata UMNO perlu tahu membezakan antara kerajaan dan parti politik kerana ia kini menjadi dua entiti berbeza.
"Parti politik kini tidak lagi menguasai kerajaan. Daripada parti yang ditubuhkan kerajaan sekarang, UMNO cuma ada 42 (kerusi).
"Jadi ini bukan kerajaan 100 peratus UMNO tetapi UMNO mahu tidak mahu mesti menyokong kerajaan hari ini kerana kerajaan hari ini masih diterajui oleh Naib Presiden parti (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)," katanya.
Mohamad berkata kerajaan yang ada ketika ini ditubuh untuk menguruskan negara serta mengambil alih pentadbiran kerajaan yang dikatakan gagal.
"Kerajaan PH (Pakatan Harapan) gagal, PN (Perikatan Nasional) pun gagal, jadi kerajaan ini mesti berusaha untuk mengurus negara. Maka adalah lebih baik untuk kerajaan mengadakan gencatan senjata politik rentas parti agar kerajaan tidak diganggu-gugat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ahli politik terlibat juga tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada parti dan pengundi mereka. - Gambar fail/Astro AWANI
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.