awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP

Bernama
Bernama
27/12/2024
02:45 MYT
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Pas digesa membawa semangat Malaysia dalam politik tanah air dan meninggalkan politik ekstrem yang tidak meraikan perpaduan dalam kepelbagaian di negara ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tindakan Pas mempolitikkan majlis Sambutan Hari Natal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Tiga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dalam kenyataan bersama hari ini menyelar tindakan Pas yang sepatutnya mempertahankan serta mendukung hak dan kepentingan semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya memecahbelahkan masyarakat dengan politik sempit.
Sheikh Umar Bagharib Ali, Young Syefura Othman dan Syahredzan Johan berkata kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati, bukannya dimanipulasi demi kepentingan politik atas nama agama.
"Pas digesa membawa semangat Malaysia dalam politik tanah air dan meninggalkan politik ekstrem yang tidak meraikan perpaduan dalam kepelbagaian di negara kita. Sesungguhnya kepelbagaian itulah yang menjadi tonggak kekuatan kita.
"Tindakan mempolitikkan perayaan Hari Natal juga bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyambut baik sambutan itu dengan menyifatkannya sebagai satu langkah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti atau bermoral," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa semua yang terlibat dengan persembahan semasa sambutan adalah mereka yang menyambut Hari Natal, terutama sekali mereka dari Sabah dan Sarawak, dan tiada yang dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#PAS
#Krismas
#Sambutan Hari Natal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan