Setiap kali musim Pilihan Raya Umum (PRU) isu sama pasti menjadi topik hangat dibicarakan iaitu isu bantuan berupa sumbangan berbentuk barangan ataupun projek pembangunan daripada parti politik yang bertanding bagi menarik perhatian pengundi.
Parti pembangkang dalam ceramah politik dan menerusi media sosial kecoh menuduh bahawa bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi wakil rakyatnya hanyalah 'dedak' bagi mengabui mata rakyat dan menutup kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan.
Tuduhan 'makan dedak' ini seolah-olah meletakkan penerimanya pada tahap haiwan.
Ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri, itulah ungkapan yang paling sesuai ditujukan kepada parti pembangkang yang kini dilihat sibuk menyinsing lengan untuk memikul kampit beras melangkah masuk ke ceruk-ceruk kampung mengagihkan 'dedak' kepada pengundi.
Pengerusi BN Parlimen Segamat Senator Datuk Zahari Sarip dalam temu bual dengan Bernama berkata sejak kebelakangan ini, parti pembangkang mula masuk ke pelusuk kampung-kampung, celah-celah bangunan, kawasan perumahan dan pekan menyalurkan barangan keperluan secara percuma kepada rakyat bagi mengabui mata rakyat.
"Mereka (parti pembangkang) kata pemberian tersebut adalah sumbangan untuk membantu rakyat, namun pada hakikatnya inilah 'dedak' yang mereka sebut-sebut sebelum ini yang hanya diberikan kepada orang ramai pada musim PRU sahaja," katanya.
Beliau berkata perkara ini berbeza dengan tindakan kerajaan BN yang menyalurkan bantuan kepada orang ramai sejak dahulu lagi, tidak mengira musim sama ada di dalam waktu PRU, sebelum PRU ataupun selepas PRU.
"Bagi BN, sumbangan yang diberikan adalah tanggungjawab kepada masyarakat yang perlukan pembelaan daripada kerajaan yang mereka pilih pada PRU lepas," katanya.
Katanya, parti pembangkang hanya melakukan perkara ini dalam masa dua atau tiga bulan kebelakangan ini semata-mata untuk 'pancing undi' dan mengabui mata dan mempengaruhi pemikiran rakyat seolah-olah mereka juga ambil peduli, ambil kisah dengan masalah rakyat.
Turut berkongsi pendapat yang sama, Salman Ibrahim, 45, dari Kampung Siput, Segamat yang berkata wakil rakyat dan ahli parlimen kawasan Segamat sentiasa turun padang membantu rakyat serta menyalurkan bantuan tanpa mengira masa.
"Bagi saya apa yang dilakukan oleh parti pembangkang hanyalah lakonan semata-mata, mereka hanya datang menjenguk rakyat apabila tiba musim PRU sahaja... apabila habis musim PRU nak nampak batang hidung pun susah," katanya yang berniaga di bandar Segamat.
Dia berkata pemimpin pembangkang tidak wajar menuduh pemberian kerajaan sebagai dedak kerana walaupun dituju kepada parti BN, ia turut menghina maruah orang susah.
Katanya, adakah patut pemimpin pembangkang meletakkan taraf orang kampung setaraf dengan binatang ternakan.
"Untuk pengetahuan mereka, kami makan nasi bukannya dedak... yang makan dedak adalah lembu atau kerbau.
"Kalau mereka (parti pembangkang) benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat kenapa baru sekarang nampak muka?," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 17 2018
ZAHARI: Bagi BN, sumbangan yang diberikan adalah tanggungjawab kepada masyarakat yang perlukan pembelaan daripada kerajaan yang mereka pilih pada PRU lepas. - Instagram Zahari Sarip
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
Tuduhan 'makan dedak' ibaratkan penerima seperti haiwan
Datuk Zahari Sarip berkata sejak kebelakangan ini, parti pembangkang mula masuk ke pelusuk kampung dan pekan menyalurkan barangan keperluan secara percuma kepada rakyat bagi mengabui mata rakyat.