awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2024
14:03 MYT
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau pernah mengugut untuk memecat Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
"Saya tidak pernah mengugut untuk memecat Guan Eng. Itu adalah pembohongan yang terang-terangan.
"Beliau adalah ketua DAP, ahli gabungan, saya mesti menghormati kedudukannya. Satu-satunya menteri yang saya gugurkan ialah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.
Terdahulu, Guan Eng mendakwa Dr Mahathir cuba untuk memecatnya sebanyak tiga kali di hadapan Kabinet ketika beliau Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan pada 2018.
Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, mendakwa Dr Mahathir bertindak demikian disebabkan keazaman beliau untuk melaksanakan langkah-langkah yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya PH 2018.
Kenyataan itu dimuat naik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan sebagai maklum balas terhadap buku bertajuk Shattered Hopes ditulis Romen Bose yang mengupas peristiwa politik Malaysia pasca 2018.
Tambah Dr Mahathir, beliau terkejut dengan komen Guan Eng mengenainya ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Katanya, ini kerana adalah perkara biasa bagi mereka untuk membincangkan isu-isu besar memandangkan ketika itu Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
"Saya fikir dia dan saya bekerjasama dengan baik.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#nafi
#ugut pecat
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan