Kedatangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Cameron Highlands yang dijadualkan pada 25 Januari ini menunjukkan Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan cemas.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini mungkin disebabkan PH berasa tergugat dengan strategi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan calon Orang Asli di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
"Saya difahamkan Tun akan turun pada hari-hari terakhir kempen di Felda Sungai Koyan kerana itu kawasan tumpuan kedua-dua pihak disebabkan jumlah undi yang banyak.
"Kita (BN) tidak gentar siapa pun yang turun berkempen cuma luar biasa sedikit kerana dahulu, PM jarang turun kempen PRK.
"Ini mungkin menggambarkan PH ambil serius dan cemas dengan pendekatan BN setakat ini," katanya semasa ditemui media di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini pada Ahad.
PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Ramli Md Nor, M. Manogaran (PH) dan dua calon BEBAS iaitu Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib.
Mengulas mengenai dakwaan PH menggunakan jentera kerajaan, Khairy melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan gabungan parti pemerintah itu sebagai "cakap tidak serupa bikin".
"Saya sangat kesal kerana dulu PH banyak tuduh BN guna jentera kerajaan, tetapi sekarang mereka cakap tidak serupa bikin dan menggunakan kenderaan jabatan hutan untuk tujuan berkempen.
"Ini tidak termasuk lawatan menteri-menteri dan juga lawatan (Menteri Pertahanan) Mohamad Sabu yang datang menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya lagi.
Arfa Yunus
Sun Jan 20 2019
KHAIRY: "Kita tak gentar siapa pun yang turun berkempen cuma luar biasa sedikit kerana dahulu, PM jarang turun kempen PRK."
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.