awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/07/2022
10:36 MYT
Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
Selain Rafizi dan Nik Nazmi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut membuat laporan polis terhadap Najib hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada kumpulan yang mendakwa mereka adalah waris Kesultanan Sulu.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa, di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Tindakan itu dibuat selepas Najib didakwa melakukan kecuaian sehingga menyebabkan negara berdepan tuntutan kira-kira RM67.5 bilion daripada kumpulan terbabit.
"Saya faham bila laporan itu dibuat, terpulang kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan atau tidak. Tapi cuma saya berharap paling kurang, kenyataan diambil daripada Najib," kata Rafizi kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini, pada Selasa.
Isu waris Sulu | PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
Rafizi turut mendakwa Najib cuba mengalihkan perhatian daripada isu berhubung tuntutan Sulu itu, sedangkan keputusan menghentikan bayaran tersebut dibuat pentadbirannya.
"Beliau berlagak seperti ‘superstar’, seolah-olah tidak bersalah. Sepanjang empat tahun lepas, beliau hanya mengolah kebenaran dan memanipulasinya mengikut naratif sendiri," katanya.
Sebelum ini, Rafizi Ramli mengerahkan kempen laporan polis terhadap Najib mengenai dakwaan kecuaian berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Beliau turut meminta cabang-cabang dan pimpinan PKR seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Namun, Najib menegaskan beliau sama sekali tidak takut dengan kempen laporan polis itu.
Baru-baru ini, bailif merampas dua anak syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg, dianggarkan bernilai lebih RM8.87 bilion, bagi pihak waris Kesultanan Sulu.
Susulan itu, kerajaan berkata, ia mendapat perintah penangguhan terhadap penguatkuasaan keputusan mahkamah timbang tara Perancis yang memerintahkan kerajaan membayar AS$14.9 bilion (RM67.5 bilion) kepada waris Kesultanan Sulu.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Najib Razak
#laporan polis
#waris Sultan Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan