Tiga orang veteran UMNO akan diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei depan.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, penerima anugerah itu akan dipilih daripada mereka yang banyak berjasa kepada parti selain memberi perkhidmatan terbaik dalam pembangunan negara.
Bagaimanapun, Ab. Rauf tidak mendedahkan nama tiga calon untuk anugerah berkenaan.
"Sudah pasti mereka yang banyak berjasa kepada negara dan parti dalam memberi perkhidatan terbaik dalam membina Malaysia.
"Sudah pasti mereka ini adalah yang begitu lama berkhidmat dalam parti dan menyumbang kepada negara sekali gus menjadi kriteria utama untuk diberikan anugerah ini.
"Anugerah ini sudah diberi saringan oleh jawatankuasa untuk dilihat kelayakan dan juga kriteria yang perlu diambil kira sebelum diputuskan oleh majlis pengurusan parti," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di sini hari ini.
BACA: Cabutan bertuah RM1 juta pada sambutan ulang tahun UMNO ke-71
BACA: Keahlian UMNO meningkat mendadak - PM Najib
Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa diberikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 semasa Hari Ulang Tahun UMNO Ke-70 pada 12 Mei tahun lepas.
Sementara itu jelas Ab. Rauf, sambutan tahun ini akan melibatkan penyertaan lebih 140,000 ahli UMNO sekali gus bakal mencatatkan sejarah sebagai acara sambutan ulang tahun terbesar dalam sejarah parti.
Pengisian program akan tertumpu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 dan 11 Mei dengan pelbagai program dan karnival berbentuk jualan dan hiburan dengan jangkaan kehadiran sebanyak 200,000 pengunjung.
Dalam pada itu tambahnya, mereka yang layak menyertai cabutan bertuah pada malam 11 Mei itu adalah individu yang mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.
Katanya, acara kemuncak pada malam 11 Mei pula akan bermula dengan upacara penyerahan dan menaikkan bendera UMNO diikuti ucapan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 27 2017
AB. RAUF: Tiga orang veteran UMNO akan diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 pada 11 Mei depan. - Gambar fail
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.