awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Bahagian Sembrong tuntut penjelasan penggantungan Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
12:30 MYT
UMNO Bahagian Sembrong tuntut penjelasan penggantungan Hishammuddin
UMNO Bahagian Sembrong menyifatkan penggantungan keahlian selama enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai tindakan tidak cermat. - Astro AWANI
KLUANG: UMNO Bahagian Sembrong menyifatkan penggantungan keahlian selama enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai tindakan tidak cermat.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abd Ghani Abd Rashid berkata, pihaknya tidak menerima tindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu yang hanya berpunca daripada perbezaan pendapat.
Katanya, hukuman yang dijatuhkan itu tidak melalui proses yang sewajarnya seperti tiada surat tunjuk sebab mahupun pendengaran oleh lembaga disiplin parti.
“Sudah tentulah hukaman diberikan seperti langsung tak mengambil kira jasa pengorbanan dan kesetiaan beliau dalam pelbagai peringkat kepimpinan parti sebelum ini.
“Atas dasar itu, keseluruhan ahli (UMNO Bahagian) Sembrong menuntut suatu penjelasan yang sejelasnya daripada MKT sebab, musabab kenapa penggantungan keras ini diberikan kepada mantan Ketua Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang diadakan di rumah UMNO Sembrong, Taman Sri Lambak, Kluang pada Ahad.
Abd Ghani berkata tindakan penggantungan itu memberi kesan kepada imej UMNO Sembrong yang mempunyai lebih 14,000 ahli dan 66 cawangan.
Sehubungan dengan itu, UMNO Sembrong menuntut MKT memberikan penjelasan munasabah terhadap penggantungan tersebut.
Tambahnya, UMNO Sembrong tetap akan menguruskan sebaiknya proses pemilihan UMNO diperingkan bahagian dan cawangan bermula 1 Februari ini, meskipun timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli disebabkan penggantungan itu.
Topic Berkaitan
#UMNO Bahagian Sembrong
#penggantungan keahlian
#Hishammuddin Hussein
#Abd Ghani Abd Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan