awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO catat jumlah keanggotaan baharu luar biasa - Ab Rauf

Bernama
Bernama
11/04/2017
10:20 MYT
UMNO catat jumlah keanggotaan baharu luar biasa - Ab Rauf
Setakat ini, UMNO telah mencatatkan keanggotaan sebanyak 3.5 juta dengan 1.3 juta anggota pergerakan Wanita UMNO, 600,000 (Pemuda), 380,000 (Puteri) dan bakinya anggota biasa parti. - Gambar hiasan
Bilangan pendaftaran baharu anggota UMNO mencatatkan jumlah luar biasa apabila sebanyak 3,000 orang menyertai parti itu dalam tempoh seminggu pada penghujung Mac lalu.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pada kebiasaannya, hanya sekitar 200 hingga 300 orang mendaftar sebagai anggota dalam tempoh seminggu.
Menarik perhatian, beliau berkata kesemua yang mendaftar itu terdiri golongan muda yang berusia bawah 30 tahun.
"Melalui kajian rawak yang kita lakukan, mereka menyatakan rasa sayang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai faktor menyertai parti ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan ulang tahun ke-71 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Jelasnya, perkembangan itu menunjukkan kesedaran mula timbul dalam kalangan anak muda untuk bersama UMNO yang telah berjasa membangunkan negara dan rakyat.
Katanya, setakat ini, UMNO telah mencatatkan keanggotaan sebanyak 3.5 juta dengan 1.3 juta anggota pergerakan Wanita UMNO, 600,000 (Pemuda), 380,000 (Puteri) dan bakinya anggota biasa parti.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf menyatakan rasa kesal dengan penyiaran karikatur yang dianggap menghina Islam disiarkan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau pada Sabtu lepas.
Katanya, akhbar berkenaan seharusnya menitik berat sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang dikecapi selama ini.
"Walaupun akhbar berkenaan telah meminta maaf, namun perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku, mereka kena ingat batas dalam penerbitan akhbar," katanya.
Semalam, akhbar berkenaan mengeluarkan notis permohonan maaf kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas penyiaran karikatur berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Abdul Hadi Awang
#Dewan Rakyat
#Najib Razak
#Pandikar Amin Mulia
#perpaduan
#PWTC
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan