awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
28/03/2023
16:18 MYT
UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri itu berkata parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka. - Foto fail/ Bernama
KUALA NERUS: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
"Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, di sini hari ini.
Ditanya mengenai pembahagian kerusi, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata UMNO bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan setakat ini masih belum membincangkan secara formal mengenai perkara itu.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said dilantik semula sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Katanya pelantikan semula Ahmad yang berkuat kuasa serta merta itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#UMNO
#Ramadan
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan