awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Johor hormati keputusan Khairul lepas jawatan

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2015
10:48 MYT
UMNO Johor hormati keputusan Khairul lepas jawatan
MOHAMED KHALED: Ini sesuatu yang sangat malang tetapi kita menghormati keputusannya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersedia bertemu dengan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berhubung keputusannya melepaskan semua jawatan dalam UMNO.
Menurut Mohamed Khaled, kepimpinan parti di peringkat negeri turut menghormati keputusan yang dibuat oleh Khairul Anwar.
Jelasnya lagi, Khairul Anwar tidak pernah memaklumkan perkara ini kepadanya sebelum ini mengenai keputusan tersebut.
Malah beliau hanya mengetahui keputusan itu melalui satu kenyataan yang dihebahkan oleh firma guaman Khairul Group.
“Keputusan telah dibuat tetapi saya tidak diberitahu sebab utama, oleh kerana itu saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut.
“Ini sesuatu yang sangat malang tetapi kita menghormati keputusannya. Saya percaya beliau mengambil keputusan itu atas sebab peribadi. Jika ia disebabkan soal perjuangan parti dan sebagainya, saya tidak tahu,” ujar Mohamed Khaled.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu yang melepaskan semua jawatannya dalam UMNO, hari ini.
BACA: Naib Ketua Pemuda UMNO Johor lepas semua jawatan parti
Terdahulu, Khairul Anwar mengesahkan kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Khairul Group bahawa beliau telah melepaskan semua jawatan dalam UMNO selepas mendapat restu daripada ibunya serta perbincangan bersama ahli keluarga.
Menurut kenyataan itu, beliau bertindak sedemikian bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta berhasrat memperluaskan operasi korporat firmanya ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini akibat bergiat aktif dalam poltik tempatan.
Topic Berkaitan
#Khairul Anwar Rahmat
#Khairul Group
#Mohamed Khaled Nordin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan