awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera

UMNO Kedah yakin 'tsunami Cina' sokong BN pada PRU14

Bernama
Bernama
23/07/2017
10:08 MYT
UMNO Kedah yakin  'tsunami Cina' sokong BN pada PRU14
Ahmad Bashah berkata keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diteraju parti itu. - Gambar fail
UMNO Kedah yakin akan berlaku 'tsunami Cina' yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keyakinan pengundi Cina kepada DAP juga merosot selepas menyaksikan suasana di Pulau Pinang yang diteraju parti itu.
UMNO Kedah juga yakin akan berlaku 'tsunami Melayu' pada PRU nanti kerana keyakinan mereka terhadap BN semakin meningkat, katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Agung Perwakilan Tahunan kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Alumni Belia 4B Malaysia Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengulas isu berkaitan, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah, berkata BN negeri tidak gentar sekiranya Dr Mahathir mahu bertanding di negeri itu termasuk di Langkawi.
"Langkawi atau Kubang Pasu atau tidak kira di mana dia (Dr Mahathir) bertanding, kami tidak gentar malah mengalu-alukannya. Tetapi dia perlu ingat, BN di Langkawi tidak akan tergugat kerana rakyat di sana akan buat keputusan yang terbaik untuk Langkawi sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Kedah
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.