awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden

Bernama
Bernama
29/03/2016
00:19 MYT
UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib. - Gambar fail
UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Kami (UMNO Kelantan) telah menyatakan di dalam Deklarasi Kelantan jika mana-mana individu sokong gerakan untuk menjatuhkan Najib perlu dipecat dari parti.
"Kami sependapat agar mereka dipecat. Itu pendirian UMNO Kelantan," kata anggota Parlimen Jeli itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.
Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Kelantan
#Deklarasi Rakyat
#Kongres Rakyat
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Mustapa Mohamed
#Tun Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan