MELAKA: UMNO Melaka menutup rapat ‘pintu rundingan’ dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa kononnya ditawarkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh beberapa parti politik.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri ketika menghadapi pilihan raya negeri (PRN) lalu.
Malah, katanya, parti DAP yang dianggotai Norhizam sehingga digelar "YB Viral" sebelum ini juga tidak mahu menerimanya kembali.
"SUA DAP telah menolak pinangan tersebut kerana DAP juga memutuskn tidak sama sekali menerima beliau kembali semula kepada DAP.
"Begitu juga dalam UMNO, kita mempunyai ramai tokoh yang jauh lebih baik daripada beliau. Jadi apa perlunya beliau berada kerana beliau telah diuji tiada kesetiaan untuk bersama dengan kita dalam menghadapi pilihan raya negeri yang lalu.
"Jadi kita tutup serapat-rapatnya apa yang beliau inginkan, tapi saya mengalu-alukan untuk beliau kalau nak jadi ahli biasa, dipersilakan," kata Ab Rauf.
Norhizam sebelum ini menyatakan hasrat bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15 nanti, selepas kononnya mengambil kira khidmat 'cemerlangnya' sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri.
Beliau bagaimanapun mengakui hakikat perlu bergerak atas tiket parti kerana tidak mahu mengulangi episod kekalahan dalam PRN Melaka selepas bertanding sebagai calon Bebas.
Norhizam turut mendakwa dirinya telah 'dipinang' oleh beberapa parti politik untuk menjadi ahli, sekali gus ditawarkan sebagai calon PRU15.
Pada PRN Melaka November lalu, Norhizam bertanding sebagai calon Bebas dan tewas apabila hanya meraih 1,218 undi, sekali gus gagal mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Batu.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Apr 17 2022

UMNO Melaka menutup rapat pintu rundingan dengan bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee (gambar). -Gambar fail/Bernama

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

PRN Melaka: Semua calon Bebas, Putra, Iman hilang wang deposit
22 calon Bebas hilang deposit setelah gagal memperolehi satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

PRN Melaka: Tiga bekas ADUN lompat gagal dapat mandat
Idris tewas kepada Fairul Nizam, Nor Azman pula ditewaskan Tuminah Kadi, manakala Norhizam dikalahkan oleh Datuk Kalsom Noordin.

PRN Melaka: Saya tiada IR, tapi saya ada 'JR' - YB Viral yakin prestasi tiga tahun beri kelebihan
Moto itu telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk.

PRN Melaka: Umum bertanding Bebas, Norhizam yakin menang besar
Datuk Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan tetap mengambil bahagian pada PRN Melaka nanti sebagai calon Bebas.

PRN Melaka: Norhizam nafi tanding atas tiket Pejuang
Bekas ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket parti Pejuang pada PRN Melaka.

PRN Melaka: Tidak diletak sebagai calon PH, Norhizam enggan ulas
Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan 4 ADUN itu dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.

PRN Melaka: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Politik Melaka: Enggan pulang aset, polis rampas kenderaan rasmi Norhizam
Kenderaan itu dirampas di sebuah kondominium yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi Selasa.