awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Penampang sokong pucuk pimpinan, tolak 'Deklarasi Mahathir'

Bernama
Bernama
11/03/2016
03:03 MYT
UMNO Penampang sokong pucuk pimpinan, tolak 'Deklarasi Mahathir'
AMBROSE: UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi. -Gambar fail/Bernama
UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi, kata ketuanya Datuk John Ambrose.
Sehubungan itu, katanya, UMNO Bahagian Penampang menolak 'deklarasi Mahathir' yang disifatkan menanam politik kebencian rakyat terhadap parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.
"(Deklarasi Mahathir) tidak akan menjejaskan (UMNO Bahagian Penampang) kerana daripada awal lagi kami menolak siapa sahaja yang menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau dipilih secara sah melalui sistem demokrasi," katanya kepada pemberita sebelum memulakan mesyuarat UMNO Bahagian Penampang di sini, malam tadi.
Katanya UMNO Bahagian Penampang menggesa tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin UMNO yang terlibat dalam menandatangani deklarasi itu dan bersekongkol dengan pembangkang.
Ini kerana perbuatan mereka itu jelas menyalahi perlembagaan UMNO yang menggariskan peraturan agar setiap anggotanya taat setia kepada pemimpin dan memelihara kesejahteraan parti, katanya.
Pada 4 Mac, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi itu menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.
Topic Berkaitan
#Datuk John Ambrose
#UMNO Bahagian Penampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan