awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden

Bernama
Bernama
17/03/2022
07:34 MYT
UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada lawatan ke Dewan Undangan Negeri N15 Maharani sempena PRN Johor di Parit Keroma, baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.
Beliau turut memberi bayangan bahawa isu desakan dan bantahan akar umbi serta pemimpin parti itu untuk mempercepatkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), juga akan turut dibangkitkan.
"Kedua-dua isu itu saya akan jawab esok," katanya ringkas dalam sidang media selepas meninjau persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
SEMUA BERHUBUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI SINI
Sementara itu, mengulas mengenai persidangan sayap parti yang bermula hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata ia bukti kesiapsiagaan perwakilan, mewakili bahagian masing-masing dalam melontarkan isu semasa dan nasional dengan semangat yang cukup tinggi.
Beliau turut mengingatkan parti supaya terus menggerakkan jentera dan ketiga-tiga sayap terhadap segala kemungkinan ke arah PRU-15.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO 2021
#PAU2021
#Presiden UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan