awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tak perlu pujuk Ahli Parlimen pembangkang sokong PM - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
04/11/2023
09:35 MYT
UMNO tak perlu pujuk Ahli Parlimen pembangkang sokong PM - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ini kerana sokongan yang dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan sangat kukuh dan stabil. - Gambar fail
PONTIAN: UMNO tidak perlu memujuk mana-mana Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata ini kerana sokongan yang dimiliki oleh Kerajaan Perpaduan sangat kukuh dan stabil.
"Saya ingin menyatakan bahawa mana-mana pimpinan UMNO tidak melakukan pujukan kepada sesiapa pun. Kalau mereka (Ahli Parlimen pembangkang) ingin menyokong, mereka menyokonglah.
"Perdana Menteri tidak pernah menyuruh saya untuk melakukan perkara seumpama itu kerana kita adalah kerajaan yang cukup stabil serta cukup kuat dan tiada keperluan bagi pihak kerajaan untuk memancing sesiapa," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Takaful Masuk Kampung di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam bahawa gabungan politik itu sedang mengumpul bukti berhubung dakwaan ugutan yang diterima oleh Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Ahmad Maslan
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan